
Sulit
3 tahun
AZ vaccine side effects
Saya wanita perumur 26 tahun yang baru sahaja mendapatkan dos vaccine AZ yang pertama pada 19/6 (3 hari lepas).
I understand that side effects may include body aches,joint aches and headaches. But these three symptoms I am having are still present till today. How long do these side effects tend to last (shortest and longest)?
Saya faham side effects berlainan mengikut individu. My main queation is:
BERAPA LAMA KESAM SAMPINGAN/SIDE EFFECT VACCINE AZ BOLEH BERKEKALAN (mix&max)?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Soalan yang ada ajukan adalah berkenaan kesan sampingan vaksin dan anda ingin mengetahui sama ada kesan yang dialami oleh pasangan anda adalah normal ataupun tidak.
Kesan sampingan vaksin COVID-19 yang boleh berlaku adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
Biasa berlaku:
- Merah, bengkak/lebam, gatal atau sakit pada kawasan suntikan
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Loya
- Demam
- Sakit otot
Jarang berlaku:
- Bengkak kelenjar
- Sakit anggota badan
- Pitam
- Kurang selera makan
- Sakit perut
Tempoh hayat kesan sampingan pada setiap individu adalah berbeza-beza. Anda juga dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini