
zirarahman
5 tahun
Baby 3 bulan selsema n batuk
Baby saya selsema n batuk sampai tak bleh tido… Suhu bila di check 37.2…adakah dia demam… Saya dah rujuk doktor di klinik kesihatan… Dr bagi ubat titis sahaja… Dah titis mcm tak de kesan…perlu kah saya bagi paracetamol… Utk meredakan flu tu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam adalah salah satu reaksi tubuh yang utama akan terjadi apabila terkena jangkitan. Suhu bayi dianggap demam apabila melebih 37.5. Sebetulnya, paracetamol adalah ubat yang berfungsi untuk menurunkan panas dan menghilangkan sakit. Justeru, pemberian paracetamol terhadap bayi anda tidak akan menghilangkan flu tersebut.
Flu pada bayi biasanya disebabkan oleh virus yang mana tiada ubat pembunuh virus, akan tetapi terdapat ubat untuk mengurangkan gejala-gejala seperti demam, dan batuk. Seandainya bayi anda mempunyai tanda dan gejala seperti dibawah, segeralah bawa ke doktor sekiranya bayi anda:
- Tidak kencing seperti biasa
- Mempunyai suhu lebih tinggi daripada 37.5
- Seperti kesakitan atau rimas
- Mata merah, kuning
- Susah nafas
- Batuk berterusan atau batuk sampai muntah atau berdarah
- Hingus tebal dan berwarna kehijauan
- Menolak makan atau minum
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.