
Sulit
4 tahun
Baby 3months 3days berak 3 kali sehari
Saya nak tanya. Anak saya baru 3m 3d dan menyusu fm. Normal ke kalau baby membuang sehari 3 kali tapi warna najis nya okay warna kuning mustard. Saya baru tukar susu enfalac ke dupro. Saya risau sebab first baby. Thank you doctor♥️

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala pembuangan air besar sebanyak 3 kali sehari yang dialami oleh bayi anda yang berumur 3 bulan dan 3 hari adalah normal. Bayi yang baru lahir dijangkakan akan berak sekerap sekurang-kurang nya 3 kali sehari ataupun 4-12 kali untuk sesetengah bayi. Bayi puan akan menghadapi masalah penghadaman atau saluran usus jika bayi puan menghadapi sembelit atau tidak kerap membuang najis seperti sekali dalam jangka masa seminggu.
Warna najis bayi pula pada normal nya akan berwarna kekuningan mustard, hijau atau coklat sedikit. Ia adalah tidak normal sekiranya warna najis bayi anda berwarna hitam.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara
Namun, kami juga ingin menasihatkan puan untuk kerap memberi susu badan kepada bayi puan kerana ia mempunyai antibodi pertahanan yang baik untuk sistem pertahan bayi anda serta kesihatan mereka yang lebih terjaga.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.