
Sulit
4 tahun
Baby 5bulan 22hari jatuh katil
Saya new mom. Pagi tadi jam 8:30 pagi anak saya jatuh dari katil. Dia menagis kuat sngt. Lepas saya angkat dia peluk erat baru dia senyap. Masa saya angkat dia dalam keadaan terlentang. Dah bhnti menagis tu dia active main mcm biasa jea gelak2, melompat, meniarap, berpusing. Tangan dgn kaki pun active gerak mcm biasa. Dekat belakang kepala dia ada sikit benjol. Saya amik kain tuam kan sikit dkat tempat benjolan belakang kepala ank saya tu. alhamdulillah, Dah kurang dah benjolan tu. saya main2 dgn dia, dia respond seperti biasa. Masa mndi pun sama jgk reaction suka mndi. Ptg dgn mlm pun sama active. Perlu ke saya bawa anak saya untuk buat pemeriksaan lebih lanjut ? Atau buat Ct scan ke ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kegusaran anda pada masa ini. Untuk makluman anda, kami amat galakkan anda untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor untuk diperiksa kerana kami tidak tahu situasi dan bagaimana anak anda jatuh dari katil. Walaupun anak anda kelihatan aktif, kami tidak tahu sama ada dia mempunyai kecederaan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda juga dinasihatkan untuk memantau keadaan anak anda dan sila segera berjumpa dengan doktor sekiranya anak anda menunjukkan gejala di bawah:
- Demam
- Nangis yang tidak dapat dipujuk (inconsolable cry)
- Tidur sepanjang hari
- Aktiviti kurang daripada biasa
- Sawan
- Pergerakan abnormal
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat konsultasi daripada doktor kami secara peribadi di atas talian. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.