
Sulit
3 tahun
Baby 6bulan kerap berak
Hai doctor…Hari ni dah masuk 3 hari baby saya kerap berak…setiap kali lepas minum susu mesti dia akan berak…ada keras ada yang lembut…baby minum susu formula…saya sudah ke klinik dan doc ada bagi ubat cirit dan dh mkn dari semalam tapi masih xbehenti lagi berak.apa perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kekerapan bayi untuk membuang air seperti umur, penyusuan (susu badan atau formula), dan pergerakan usus. Bayi berumur 6 bulan kebiasaannya membuang air sebanyak 1 hingga 4 kali sehari dan secara purata 2 kali sehari.
Kembali kepada soalan anda, jikalau ubat cirit yang diberi oleh doktor tiada kesan, sila rujuk ke pusat kesihatan dengan segera. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Si cilik perlu mendapatkan perhatian kesihatan yang sebaiknya. Bincang isu kesihatan kanak-kanak bersama pakar bertauliah.