
Sulit
4 tahun
Baby allergy formula milk
Hi doc… Baby saya berumur 1 tahun sebulan dan saya baru shaja memperkenalkan baby susu formula… Sebelum ini fully breastfeed… Baby tiap2 hari akn naik biji gatal dekat tubuh macam kena gigit hama and semenjak tukar susu ni… Berak cair tetapi skli sehari shja… Adakah ini tanda susu tak sesuai dengan baby atau normal since tukar breastfeed to formula milk? Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap kesihatan anak anda. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa mengapa anak anda mengalami masalah sedemikian:
- Intoleransi laktosa (lactose intolerance) di mana tubuh bayi tidak dapat menyerap laktosa
- Alahan kepada susu lembu (cow’s milk protein allergy)
- Acute gastroenteritis atau radang pada usus
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Kami tidak dapat memberi diagnosis kepada anda kerana bayi anda perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui puncanya. Berdasarkan kenyataan anda di ruangan soalan, kami sarankan anda untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor kerana si kecil anda gejala pada kulit dan mempunyai najis cair.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda berikut:
- Lesu dan kerap tidur
- Tidak mahu minum susu atau makan
- Kurang kencing (anda kurang menukar lampin dari kebiasaan)
- Terdapat darah di dalam najis
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan penerangan yang diperlukan. Terima kasih