
Sulit
5 tahun
Baby berak 3-4 kali sehari
Saya nak tanya… anak saya umur 11bulan … setiap hari dia akan berak 3- 4 kali sehari… kadang najis nampak cair kadang tu nampak ok jak najis dia… adakah normal baby berak 3-4 kali sehari atau perlukah saya tukar susu? Anak tidak meragam tidak kembung perut…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, perkara ini boleh menjadi normal lebih-lebih lagi jika anak anda seorang yang kuat makan dan menyusu. Walaubagaimanapun, jika anak anda tidak mengalami sebarang gejala seperti tidak aktif, hilang berat badan, kurang selera makan, kurang menyusu, anda disarankan untuk membawa anak anda bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.