
Sulit
3 tahun
Baby berumur 1tahun 1bulan hanya makan 2-3sudu
Baby saya berumur 1tahun 1 bulan.dia hanya makan dalam 1 sudu kecil - 3sudu kecil sahaja dan kadang-kadang muntah.adakah benda ini normal?atau pun ada sesuatu penyakit sedangkan anak sepupu saya tidak macam itu umur yg sama dengan anak saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anak anda. Antaranya adalah:
- Alahan terhadap mekanan tertentu
- Lactose intolerance
- Sembelit
- Achalasia
- Atresia oesophagus
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.