
Sulit
4 tahun
Baby car seat untk newborn baby
Hi. Saya nak tanya, adakah bayi baru Lahir (new born baby) sudah boleh diletakkan di dalam baby car seat? Tidak akan ada apa2 masalah dgn Struktur badan ke sbb tulang bayi masih lgi lembut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, pemilihan baby car seat yang sesuai dengan usia anak anda adalah penting. Bagi bayi yang baru lahir, anda boleh memilih baby car seat yang menghadap belakang untuk keselamatan. Selain itu, anda perlu memastikan berat bayi anda tidak melebihi had berat yang dibenarkan pada baby car seat tersebut.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih