Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Baby one month acute bronchitis

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Februari 25, 2020 4:36 AM
Sulit 37 hari

Baby saya lahir 7/1/20 . Dan pada hari ke 14 doc kuning baby tinggi dan kena admit pastu doc detect nafas laju dan doc bgthu baby sy kena pneumonia . On antibiotik 5 hari . Lepas discharge pada hari ke 6 keesokkannya saya perasan hidung baby saya seperti tersumbat . Saya ada bawa baby saya ke beberapa klinik termsuk swasta dan klinik kerajaan tp mereka kata baby sy okay takde pape walaupun sy bgtau baby sy ade batuk tp bkn batuk berkahak . Doc kk bgthu slgi baby tk demam dan minum susu okay tkde ape nk dirisaukan . Esoknya ( 8/2 ) baby saya demam dan terus sy bwk ke emergency . Nafas baby sy laju dan terus doc bg neb . Dua kali xray dorg bgthu baby sy kena acute bronchitis . Terus admit wad mlm tu dan on oksigen . Esok tu baby sy dah tak demam dan doc bg ubat titis hidung . 10/2 doc pakar round dan cuba off oksigen dan beritahu skiranya baby boleh bernafas normal dan aktif ptg boleh balik. Ptg tu pun baby sy dibenarkan discharge . Pakar pesan supaya tidak bawak baby ke tempat org ramai selama tiga ke enam bulan dan dekat dengan asap rokok . Persoalannya , sampai ke hari ini hidung baby saya masih tersumbat . Walaupun kerap sedut tetap juga tak baik sehingga sekarang . Saya dah cuba sapu minyak asmak dan buat rawatan sonotron pun masih tak baik . Saya dah buntu apa saya perlu buat untuk baby saya sembuh .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 37 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pada awal kelahiran, bayi berisiko untuk mendapat jangkitan dengan kerap lebih-lebih lagi apabila sistem imun mereka masih lemah dan hanya bergantung pada antibodi daripada ibu. Masalah selesema pada bayi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • jangkitan virus (Rhinovirus)
  • jangkitan kuman
  • alahan

Anda harus segera membawa anak ke klinik jika anda dapati terdapat gejala masa lampau berulang kembali. Buat masa ini, jika anak anda telah dirawat seperti yang disarankan doktor namun masih mengalami gejala yang sama, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor. Namun, jika anak anda tidak demam, rawatan adalah berdasarkan simptom dengan menyedut hidung yang tersumbat kerana bergantung kepada kanak-kanak, tempoh penyakit itu sembuh boleh berbeza.

Untuk mengelakkan risiko jangkitan pada masa hadapan, anda disarankan:

  • kerap menjaga kebersihan tangan semasa mengendalikan anak anda
  • menjauhi ahli keluarga yang sakit
  • Bersihkan puting atau apa-apa bahan yang akan dimasukkan kedalam mulut.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

constipated-child-anak-sembelit

Dikemaskini pada: Tue Feb 25 2020 04:36:06 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
NEW! COVID-19 TESTING SERVICES >
Tanya Doktor Percuma Kunjungi ePharmacy