
Sulit
5 tahun
Baby prem 33w, due 27/11, lahir 9/10
Hai doc, baby sy skrg umur 3 bln lbih… Dia baby prem 33w… Sy nak tanya if its normal klau dia belum tengok org yg bcakap dgn dia or bmain dgn dia, dia tengok tmpat lain je…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, mengikut kiraan anak anda jika dibandingkan dengan dengan bayi lain, perkembangan anak anda adalah seperti kanak -kanak berusia 6 minggu. Bayi yang berusia 6 minggu boleh melihat 8 hingga 12 inci, kedudukan kiri dan kanan, dunia berwarna hitam putih. Pada usia 3 bulan iaitu dua bulan akan datang, anak anda seharusnya boleh berinteraksi dengan orang lain, senyum, bermain dengan tangan sendiri dan sebagainya. Jika anda dapati anak anda tidak mengalami proses perkembangan seperti yang disenaraikan, anda harus membawa anak anda berjumpa dengan pakar.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.