
Sulit
3 tahun
Baby selsema tapi hingus tak keluar
hai…
doktor saya nurul…masalah baby saya baru nak masuk 2 bulan dia selsema dan batuk tapi hingus tak keluar nafas pon ada bunyi macam hidung tersumbat…apa yang haris saya lakukan doc…saya mohon pencerahan

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami kebimbangan anda terhadap anak anda yang sedang mengalami hidung tersumbat, selsema dan batuk, adakah ini betul? Jangan risau kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala ini boleh berlaku dikalangan bayi akibat beberapa punca seperti:
- Jangkitan virus atau bakteria
- Udara kering atau cuaca panas
- Alahan
Namun, gejala ini juga boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius seperti:
- Asma
- Pneumonia (Radang paru-paru)
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor