najwarahim95.nr
4 tahun
Baby tiada hearbeat pada minggu ke 10 kehamilan
saya hamil 10 minggu dan ada pergi buka buku pink dan scan… tapi masa scan tu baby tak nampak dan tak dengar heartbeat… adakah normal? pihak hospital dah bagi sy date untuk dtang kalau baby tk keluar secara normal… masalah saya sekarang, sy takde tanda2 keguguran… harap doctor boleh bantu… tq
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Namun, kami tidak memahami situasi anda di mana pihak hospital telah bagi tarikh untuk susulan jika janin tidak keluar secara normal. Apakah diagnosa yang diberikan oleh doktor semasa pemeriksaan tersebut?
Anda sebutkan bahawa bayi tidak dinampak dan tiada denyutan jantung. Adakah doktor memberitahu anda ini merupakan kehamilan luar rahim? Pihak kami tidak dapat memahami keterangan anda. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berbincang lagi dengan doktor rawatan anda apa sebenarnya yang telah berlaku. Untuk memberikan maklumat yang lebih lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.