
Sulit
2 tahun
Bacaan air ketuban dan berat bayi yang normal
Asalamualaikum dan salam sejahtera , saya seorang teenage yang berumur 19 tahun. Sekarang usia kandungan saya 34 minggu… adakah normal bacaan air ketuban saya 11.02cm? Dan berat bayi saya dalam kandungan 2045g… Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui sekiranya kandungan anda adalah normal. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Namun, pihak kami tidak dapat memberikan apa-apa jawapan yang spesifik tanpa maklumat lain. Untuk pengetahuan anda, bacaan air ketuban normal adalah antara 8-18. Manakala berat kandungan yang normal untuk kandungan berusia 34 minggu adalah 2.15kg.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk maklumat yang lebih tepat.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.