
fiqrieedham1982
5 tahun
Bacaan ALT tinggi iaitu 161
Salam sejahtera… Saya lelaki berusia 38 tahun baru-baru ini telah buat pemeriksaan darah… Selepas mendapat keputusan saya dapati bacaan ALT saya tinggi iaitu 161…soalan saya adakah saya mempunyai sakit yang kritikal dan bahaya… Bolehkah saya teruskan pekerjaan seperti biasa tanpa rasa takut? Terima kasih doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bacaan ALT tinggi boleh disebabkan banyak perkara. Antaranya:
- hati berlemak (fatty liver)
- keradangan hempedu
- hepatitis B atau C
- keradangan hati
- ketumbuhan kanser atau sista dalam hati
- penyakit auto-imun
Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini adalah kerana bacaan ALT sahaja belum cukup untuk menggambarkan fungsi hati anda. Dasar pemeriksaan ALT adalah kerana enzim ini bekerja di hati dalam memproses bahan-bahan makanan. Apabila terdapat keradangan atau kerosakan di hati, biasanya enzim ini akan dikeluarkan secara banyak.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.