
hrajahusna
4 tahun
Bacaan buah pinggang
Saya berumur 17 tahun dan saya ingin mengambil suplemen tambahan seperti vitamin C. Saya juga tidak mempunyai masalah kesihatan. Adakah wajar saya berbuat sedemikian ? Adakah bacaan buah pinggang saya akan rendah jika saya terus mengambil suplemen tersebut ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, makanan tambahan atau suplemen tidak perlu diambil sekiranya anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Sekiranya anda ingin mengambilnya, kami sarankan anda untuk berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi mengenai niat anda supaya suplemen yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Berkenaan bacaan buah pinggang, ia bergantung kepada tahap kesihatan anda kerana terdapat sesetengah produk atau suplemen berpotensi memburukkan keadaan buah pinggang dan menyebabkan bacaannya tinggi.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.