shah_pbp
3 tahun
Bacaan ECG ada berkaitan Oksigen
Doctor,adakah bacaan SPO2 oksigen dalam darah mempengarahui bacaan ECG graf jantung.Bermaksud,jika bacaan SPO2 oksigen dalam darah bawah 95%,bacaan graf ECG juga mempengaruhi?adakah ini bermakna jantung ada masalah
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ECG ataupun electrocardiogram befungsi untuk rekod aktiviti elektrik dalam jantung dan mengesan masalah pada jantung. ECG lebih digunakan jika anda mengalami degupan jantung yang tidak stabil, serangan jantung dan mengalami sakit dada.
Oximetry pula adalah peralatan untuk mengesan kadar oksigen dalam darah anda. Oximetry pula digunakan untuk mengesan jika anda mengalami penyakit-penyakit tersebut:
- Chronic Obstructive Pulmonary Disease
- Asma
- Jangkitan paru-paru
- Kanser paru-paru
- Anemia (kekurangan sel darah merah)
- Serangan jantung
- Masalah jantung kongenital
Jika anda mengalami masalah jantung, kedua-dua peralatan ini boleh menunjukkan keputusan yang tidak normal.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi