
Sulit
5 tahun
Bacaan gula daram darah rendah-
Saya seorang wanita dalam 50’an dan disahkan mengidap kencing manis 2 tahun yang lalu. Setelah membuat pemeriksaan berkala setiap bulan dan ubat-ubatan yang dibekalkan, bacaan gula saya adalah dalan julat 5.2-5.5 setiap kali diperiksa. Cuma sejak 2 bulan ini saya dapati bacaan gula saya turun kepada 4.0 -4.1 dan doktor telah menghentikan ubat Gliclazide 30mg, namun bacaan gula saya tetap rendah. Saya ingin mendapat pandangan nasihat doktor tentang perkara ini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah bacaan gula dalam darah rendah boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kesan ubat anti-diabetes
- Masalah kalenjar pituitari
- Kegagalan hati - jika pernah mempunyai masalah hati sebelum ini
- Penyakit Addison - iaitu kekurangan hormon steroid badan
Bacaan gula yang terlalu rendah juga tidak disarankan kerana ia boleh menyebabkan seseorang berasa lemah badan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti gejala-gejala yang lain serta sejarah kesihatan anda dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.