
Sulit
4 tahun
Bacaan gula ini normal tak kalau semasa hamil? Perlu insulin juga ke?
Hai doktor,
Saya nak tanya… saya ambil bacaan bsp dan berikut merupakan hasil bacaan di ambil:
22dis:
8pg: 5.0
10pg : 6.0
3ptg: 5.0
9mlm: 5.7
Adakah bacaan ini masih membolehkan saya teruskan gdm on diet atau akan perlu mulakan insulin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Namun begitu, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda tentang pengambilan bacaan gula darah anda adakah semasa puasa atau tidak. Untuk makluman anda, lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran atau gejala kencing manis dalam kehamilan (GDM) walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko.
Secara umumnya, ujian darah Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT) akan dijalankan ke atas anda untuk mengesan GDM sama ada semasa lawatan pertama ke hospital atau klinik jika anda berisiko tinggi atau pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan, jika risiko anda tidak begitu tinggi. Jika ujian pertama untuk wanita yang berisiko tinggi negatif, maka ujian kedua perlu dilakukan antara minggu ke 24 hingga ke 28.
Berkenaan dengan penggunaan insulin, ianya perlu mendapatkan nasihat daripada doktor yang melakukan pemeriksaan ke atas anda.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih