
Sulit
4 tahun
Bacaan Gula Masih Sama walaupun telah lama makan ubat metformin
Umur saya 43 thn…punyai diabetik semenjak 2017 selepas buat ‘full checkup’ dgn bacaan gula 9…doktor menasihati supaya bersenam dahulu sebelum ambil ubat…saya mula makan metformin pada bulan Julai 2019 selapas bacaan gula meningkat ke 10-11…pada hari ini…selepas makan ubat metformin,bacaan gula saya masih x berkurangan…masih di level 8-10… saya agak risau bila kencing saya berbuih banyak dan mula sakit dibahagian pinggang…mengikut bacaan di internet…ia menunjukan buah pinggang sudah mula ‘rosak’…saya just nak tau kenapa dh makan ubat…bacaan gula masih tinggi…walaupun diet sy sesuai telah di ikuti…penerangan doktor amatlah dihargai…sekian…terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Dos ubat tidak mencukupi
- Ubat tdak sesuai dengan anda
- Cara pengambilan ubat salah
Selain itu, sekiranya anda belum berjumpa pakar diet, saya amat menyarankan untuk anda berjumpa dengan mereka bagi membicangkan amalan diet yang paling sesuai untuk anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor ketika anda membuat temu janji susulan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.