Anonymous
6 tahun
Bacaan gula normal sebelum makan.dan selapas makan
tomok hitam di betis timbul bnyk
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Bacaan gula normal terbahagi kepada dua iaitu bacaan ketika berpuasa dan tidak berpuasa. Bagi gula ketika berpuasa bacaan normal adalah di bawah 7mmol/L, dan bacaan ketika tidak berpuasa dikira normal di bawah 11 mmol/L.
Bacaan gula dalam darah boleh berbeza bergantung kepada pelbagai faktor seperti jenis makanan yang diambil, aktiviti yang dilakukan serta tahap metabolisma seseorang.
Keterangan yang anda berikan pada bahagian penerangan tentang soalan adalah kurang jelas. Sila rujuk masalah anda ini dengan lebih lanjut untuk keterangan selanjutnya. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih




























