Sulit
6 tahun
Bacaan Hati AsT agak tinggi
Salam Doc…saya baru dapat keputusan darah penuh…daripada keputusan tu…ada 2 bacaan yang x normal dan iaitu
-Bacaan AST 45 lebih daripasa bacaan normal iaitu 40…
- Bacaan Lymhpocts 41
Soalan saya, adakah sudah ada kerosakan atau tidak normal pada hati saya…untuk infomasi doc saya sekarang sedang makan ubat gastrik VINCID 40 mg dan domperidone 10mg…adakah ini menyebabkan bacaan hati saya terganggu, atau sudah ada kerosakan pada hati saya…mohon penjelasan dok…terima kasih…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bacaan ini masih dikira sebagai tahap yang selamat dan ia berkemungkinan disebabkan oleh ubat yang diambil kerana salah satu fungsi hati adalah untuk mengeluarkan bahan ubat ini selepas memberi kesan yang sepatutnya.
Bacaan ini tidak bermaksud hati telah rosak. Oleh itu, anda tidak perlu berisau dan mengikuti nasihat doktor rawatan anda dengan pengambilan ubat dan susulan rawatan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































