
fizanuji
4 tahun
Bacaan hati tinggi dan ujian darah
Doctor, sy berusia 33. hari tu saya dapat keputusan darah di kk krn drh tinggi dan sy telah diberi ubat drh tinggi, doc kk memberitahu tahap bacaan hati sy tinggi iaitu 109. Dan saya kene ambil darah lagi untuk mengetahui bacaan yg lebih lanjut tentang hati n buah pinggang. Doct kk tanya saya adakah sy mengambil ubatan herba dan sy mengaku ada mengambil tetapi tidak kerap. doc kk menerangkan risiko penyakit hati penyebab bacaan hati tinggi.
1.Soalann saya, bolehkah doc terangkan tentang bacaan hati yg tinggi tersebut? Tahap bilirubin atau apa? Dan doc kk memberitahu mungkin bacaan hati boleh turun. Betulkah doctor?
- Sy mengambil Amlodipine 5mg tab & Perindopril 4mg tab (keduanya 1/2 biji 1 kali sehari) . Doct kk membritahu ubat yg sy ambil memberi kesan pd buah pinggang. Sebab tu doct kk buat ujian drh untuk buah pinggang juga.(walaupun sy baru sebulan ambil ubat) Soalan sy, knp perlu ambil ubat yg boleh beri efek pada buah pinggang? Dan adakah penyakit buah pinggang boleh diwarisi ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, fungsi hati dapat dinilai oleh bacaan berupa ALT dan AST. Bilirubin pula adalah merupakan sisa pemecahan sel darah merah yang diproduksi di beberapa organ terutamanya hati.
Untuk pengetahuan anda, selain daripada buang air besar, buah pinggang manusia juga adalah salah satu organ perkumuhan. Buah pinggang berfungsi untuk menapis kotoran-kotoran dalam darah, meregulasi tekanan darah, mengimbangkan elektrolit badan (contohnya Potassium K+ daripada pisang) serta memproduksi hormon untuk membentuk sel darah merah. Buah pinggang bekerja dengan menapis darah dan mengeluarkan kotoran melalui air kencing. Justeru, tidak hairan apabila makanan mahupun ubatan yang dimakan, akan diserap oleh darah kemudiannya darah tersebut akan diproses oleh buah pinggang.
Sesetengah ubatan pula memerlukan buah pinggang tersebut bekerja keras sehingga pesakit yang memerlukan ubat tersebut secara rutin harus diperiksa selalu. Akan tetapi, anda mempunyai faktor pemberat lain yang boleh menyebabkan fungsi buah pinggang menurun yaitu kerana anda mempunyai darah tinggi. Tekanan darah tinggi akan menyebabkan saluran darah yang kecil seperti di pinggang mahupun di mata mudah pecah dan rosak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.