Sulit
3 tahun
Bacaan kencing saya 10.5 semasa saya membuat medical checkup
salam dr.saya baru berumur 19 tahun.semasa saya membuat medical checkup untuk kemasukan uni saya,result air kencing saya tinggi iaitu 2+ dan tak silap saya 30 mol.bacaan gula saya ialah 10.5.adakah saya mengalami diabetes?tetapi saya tidak mempunyai masalah badan langsung.saaya tidak penat tidak lelah sakit badan dan sebagainya seperti orang sakit diabetes,saya rasa normal sahaja.untuk pengetahuan doctor saya dulu mengambil protein shaker untuk bermain gym untuk meningkatkan berat badan saya.dan emak hanya emak saya mengalami kencing manis.soalan saya apa yang saya harus buat untuk mengurangkan bacaan gula saya dan apa saya perlu buat sekiranya saya ada diabetes.mohon pencerahan doctor terima kasih salam satu malaysia.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan yang anda berikan, kami kurang pasti keputusan 2+ dan 30mol tersebut merujuk kepada parameter apa. Berkenaan bacaan gula anda, ia bergantung sama ada anda membuat ujian bacaan gula itu dalam keadaan berpuasa ataupun secara rawak (random).
Sekiranya anda risau bacaan gula anda meningkat disebabkan protein shake yang diambil oleh anda, kami sarankan anda berhenti menggunakannya. Walau bagaimanapun, punca sebenar bacaan gula tinggi anda haruslah diketahui terlebih dahulu.
Sekiranya anda mempunyai kencing manis, anda boleh mengawal bacaan gula anda dengan cara:
- Bersenam dan bersukan; pesakit peringkat awal kencing manis digalakkan untuk mengamalkan perubahan gaya hidup untuk mengawal kandungan gula di dalam darah mereka
- Ubat-ubatan: Ubat-ubatan akan diberikan sekiranya paras gula tidak dapat dikawal dengan cara perubahan gaya hidup. Ubat yang digunakan dalam kencing manis adalah pil ataupun suntikan insulin.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.