
Sulit
3 tahun
Bacaan LDL kolesterol dan ALT dan AST tggi
Suami saya ad bt check up… bacaan kolesterol dia LDL serum 5.29
Total cholesterol 7.4
Non HDL serum 6.1
ALT 94
AST 40
Perlu ke dia mkn ubat kolesterol dan knpa bacaan alt dn ast tggi

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdsarkan kenyataan di atas,anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kadar kolesterol dalam badan. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya paras jumlah kolesterol yang sihat adalah kurang dari 5.18 mmol/L. Selain itu, paras non HDL serum yang sihat dalah kurang dari 3.76 mmol/L.
Tambahan lagi, bacaan normal Alanine Trasaminase (ALT) bagi orang dewas adalah sekitar 30 – 65 U/L, manakala bacaan normal Aspartate Trasaminase (AST) adalah sekitar 15 – 40 U/L. Bacaan ALT dan AST merupakan salah satu kaedah untuk menilai kesihatan organ hati.
Untuk pengetahuan anda juga, kadar kolesterol tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan kesan yang serius seperti
- kerosakan organ hati
- penyakit jantung
- serangan strok
- gangguan buah pinggang
Anda juga disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Pegawai khidmat pelanggan kami juga akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.