
Sulit
4 tahun
Bacaan normal gula dalam darah, selepas dan sebelum makan
sy berumur 32 tahun, baru² ini saya ada buat medical checkup…result gula dlm darah sy 6.5 (berpuasa)…adakah saya penghidap diabetes?selepas makan 2 jam sy pernah cek guna glukometer, bacaan 7.2…adakah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini DoctorOnCalluntuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Untuk makluman anda, berdasarkan bacaan gula yang anda terangkan, bacaan tersebut adalah normal. Bacaan gula normal terbahagi kepada dua iaitu bacaan ketika berpuasa dan tidak berpuasa. Bagi gula ketika berpuasa bacaan normal adalah di bawah 7mmol/L, dan bacaan ketika tidak berpuasa dikira normal di bawah 11 mmol/L. Namun begitu, jika bacaan anda adalah di antara 5.6 dan kurang daripada 7.0mmol/L (semasa berpuasa) atau di antara 7.8 hingga kurang daripada 11.1 mmol/L (dua jam selepas makan), maka doktor akan menjalankan ujian-ujian darah khusus untuk menentukan sama ada anda menghidap pradiabetes atau diabetes jenis 2.
Bacaan gula dalam darah boleh berbeza bergantung kepada pelbagai faktor seperti jenis makanan yang diambil, aktiviti yang dilakukan serta tahap metabolisma seseorang.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca, risiko dan rawatan kencing manis, sila rujuk kepada doktor secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih