
Sulit
3 tahun
Bacaan oximeter anak
Hai. Anak saya umur 2 tahun. Sekarang dia batuk dan selesema. Bila saya Chek paras oksigen anak guna oximeter di jari tangan bacaan dia SpO2 92,bpm 138. Tapi bila Chek di jari kaki normal. Jadi saya nak tahu. Bacaan mana yang kita perlu ambil kira. Di jari tangan atau jari kaki. Sekarang dia kurang aktif dan nampak nafas dia laju. Terima kasih. Harap dapat balasan segera.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, selalunya, jadi tangan akan diambil. Terdapat beberapa faktor-faktor yang boleh menyebabkan anak anda untuk mendapat keputusan tersebut, antaranya termasuk :
- Asthma
- Allergic
- Selsema
- Laluan hidung yang tidak lancar
Oleh itu, saya amat menggalakkan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.