Anonymous
6 tahun
Bacaan paras gula dalam darah
Sy telah membuat pemeriksaan darah di sebuah klinik dan didapati paras gula sy adalah 6.9 lepas berpuasa 10 jam. Mulai dari hari itu sy berusaha utk mengurangkan gula dlm minuman dan tidak mengambil nasi waktu malam. Selepas dua hari bacaan nya (puasa mlm 10 jam) adalah 6.5 dan duahari selepas ltu masih 6.5. Apakah status gula sy dan perlu ke sy mengambil ubat, tq
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Random blood glucose (RBG) adalah tahap glukosa yang diambil secara rawak sama ada mereka dah makan atau tidak. Ujian ini mengukur paras glukosa dalam kapilari atau urat pesakit pada satu masa tertentu. Ujian ini bukan cara yang boleh dipercayai sepenuhnya untuk memeriksa dan mendignosa diabetis tetapi ujian ini mudah dilakukan dan peskit tidak perlu puasa terlebih dahulu. Seseorang itu dianggap sebagai pra-diabetes jika tahap glukosa darah rawak adalah antara 7.8 hingga 11.1 mmol / L. jika seseorang itu yang ada simtom diabetis, dia akan didiagnosa dengan diabetes jika nilai glukosa darah rawak lebih daripada 11.1 mmol / L.
Sebaliknya, jika pesakit tidak ada simtom, nilai glukosa darah rawak kapilari yang lebih daripada 5.6 mmol / L, memerlukan lebih banyak ujian yang lebih lanjut.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.




























