
syazanisalleh
5 tahun
Bacaan tekanan darah normal
Selamat sejahtera…ingin bertanya pada yang pakar…jika kolesterol tinggi adakah tekanan darah turut tinggi…mohon penjelasan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bacaan tekanan darah yang normal adalah diantara 110-130/70-85. Jika seseorang mengalami masalah kolesterol tinggi, tidak semestinya mereka akan menghidap sakit tekanan darah tinggi. Namun, kedua-dua sakit ini bersangkut-paut kerana kolesterol tinggi dalam saluran darah akan menyebabkan saluran darah menggeras. Apabila saluran darah menggeras, jantung perlu berkerja lebih kuat untuk mengepam darah dan fenomena inilah yang mengundang kepada tekanan darah tinggi.
Untuk pengetahuan anda, simptom darah tinggi adalah seperti pening kepala, rabun, sakit dada dan degupan jantung tidak sekata. Anda digalakkan juga untuk membuat pemeriksaan berkenaan dengan tekanan darah untuk kepastian lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.