
Sulit
4 tahun
Bacaan tekanan darah tidak boleh dibaca
Hi,ibu saya berumur 42 tahun dan obesiti.ibu saya mengalami pening dan pemeriksaan tekanan darah ibu saya tidak boleh dibaca.boleh saya tahu kenapa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang tekanan darah.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya kurang memahami kenapa bacaan darah tidak dapat dibaca. Adakah kerana alat yang digunakan rosak atau terdapa sebab lain. Saya menyarankan anda untuk membawa ibu anda ke klinik berdekatan bagi mengetahui tekanan darah yang betul.
Masih gusar dengan masalah tekanan darah? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.