
Sulit
4 tahun
Back Pain ( Sakit tulang belakang dan rasa lenguh di belakang badan)
Hai dok, saya ad masalah, bila baring , belakang rasa sakit macam kena cucuk dengan jarum, tidur mengiring tulang blkg rasa lenguh, dan kalau duduk dgn lama dlm 15 minj kaki dah mula rasa kebas, boleh dok terangkan tak? slip disc ke atau sakit tulang mcm mana

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum,sakit belakang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- ‘Slipped disc’/disk tergelincir
- Osteoarthritis tulang belakang
- otot kejang / muscle spasm
- Spondylolisthesis
- jangkitan kuman
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- sindrom “cauda equina”
Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih