jyunadia

3 tahun

Bad PID L5S1 with Radiculopathy on Right Leg

Salam Sejahtera Doktor Sekalian… Sye berumur 32tahun, perempuan dan tidak berkahwin lagi. Pada September 2017, Sye berdepan dengan satu insiden jatuh motor semasa pulang ke Perak dari Sepang. Pada mula nya cuma otot bahu sahaja yang terkoyak sedikit, kemudian selepas 8 hari, Sye mengalami sakit belakang yang amat teruk sehingga tidak boleh duduk dan baring, kemudian di admited di hospital dengan keputusan MRI PID L5S1. Terlalu banyak injections Sye telah lakukan sepanjang 2017 hingga ke hari ini… October 2017 suntikan Discogel di bahagian dlm disc, kmudian sakit kembali Awal Febuari 2018 suntikan epidurolysis/neurolysis, kemudian kembali sakit, Jun 2018 Radiofrequency hanya tahan utk 12jam kemudian sakit teruk kembali… tahan n tahan pergi kerja n tahan then August 2018 RACZ/neurolysis… Suntikan ini sahaja yg tahan lama sedikit hampir 10bulan and then problem kembali May dan June 2019 tahan sakit kemudian July 2019 Epidurolysis kemudian tahan sebulan then August2019 sakit kembali, tahan sakit then awal September2019 RACZ kembali kemudian ia tahan untuk 3 bulan dan kembali sakit teruk pada December 2019, awal December buat suntikan Epidurolysis dan tahan hanya untuk 2 mggu sahaja, Sye cuma kerja sehari dan kemudian kembali sakit teruk, pada waktu tersebut insurance sudah ke penghujung, hanya buat suntikan magnesium sulfate shaja ke nerve L5S1 area… then, kerja lebih kurang sebulan then sakit teruk balik, Sye sudah fikir masak2 dan sye lakukan microdiscectomy pada Febuary 2020 dan ia hanya bertahan tiada sakit selama 6 minggu sahaja kemudian sakit kembali dan terpaksa tahan2 kerana SOP baru di hosp. Kalau mahu buat treatment perlu undergo Covid test dahulu… selepas menunggu dan asyik sakit, Sye ambil keputusan utk teruskn covid test dan buat Facet joint steroid injection pada 27 April 2020 dan masih sakit sehingga sekarang… kebiasaannya bila sakit teruk sye mengalami kesukaran utk duduk jalan berdiri dan baring… smua akan menyebabkan kesakitan dan sukar utk menjalani kehidupan seharian… Persoalan saya adalah samada TLIF surgery adalah jalan terbaik sbb sye tahu surgery juga tidak menjanjikan 100% cure… But Neurosurgeon sye yg menjalankan discectomy tempoh hari mengatakan semasa Dia ingin masukkan blade di ruangan disc pun tidak muat, sempit sudah ruangan, tulang dan tulang sudah rapat… setakat ini Sye sudah laksanakan 5 lumbar MRI dan disc sudah nipis /flat habis dan kebiasaan kehidupan seharian sye terasa tulang bergeser dengan tulang di blkg saya… Sememangnya Nama Sye sudah on queue utk surgery TLIF pada tahun depan akan tetapi sye tidak tahu samada adakah ia jalan terbaik atau tidak… sbb Sye takut ia akan menyebabkan kesakitan yg berpanjangan selepas surgery tersebut… Pelbagai alternatif lain, Physio session sgt2 byk telah dilakukan, perubatan kampung menarik2 badan tulang teraaaamaaatttt sakit pernah buat sekali bagi relief utk beberapa hari then sakit dtg kembali… TLIF terlalu major surgery bagi sye yg berumur 32 tahun, Sye risau ia akan menyebabkan Sye tidak dpt menjalankan aktiviti harian seperti biasa dan mengalami kesakitan yang berpanjangan. Tolong bantu utk penjelasan Doktor… Terima Kasih… Bantuan Doktor amat diperlukan…

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, pembedahan ini berkebolehan untuk mengurangkan tekanan pada saraf yang tersepit dan menyebabkan kesakitan yang anda alami itu. Ia merupakan pembedahan yang besar dan juga berisiko. Namun, memandangkan anda telahpun mendapat pelbagai rawatan lain dan tidak berkesan serta sakit yang mengganggu kehidupan seharian anda, maka, anda disarankan untuk mempertimbangkan sarananbtersebut. Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut dan memberi pendapat kerana memerlukan butiran lengkap tentang sejarah kesihatan anda. Tambahan pula, masalah yang anda hadapi memerlukan pandangan doktor pakar tulang yang lebih mengetahui rawatan yang bersesuaian.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
disc-prolapse-penyakit-slip-disc

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)