
Sulit
4 tahun
Badan anak panas tapi x demam
usia anak 4tahun.suhu 36.7 tapi badan panas.berlanjutan agak lama.mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh cuaca panas atau kekurangan minum air. Oleh kerana anak anda tidak demam, anda boleh menyuruh anak anda minum lebih air atau mengipaskan badannya serta mandi berkala.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.