Sulit
5 tahun
Badan anak panas tetapi suhu badan normal
Anak saya berusia 5 tahun dan badannya panas bermula dari jam lebih kurang 11 malam. Saya telah memeriksa suhu badan anak saya setiap 2 jam dan ia menunjukkan diantara 36.5-36.8 sahaja. Namun, badannya masih panas. Apakah tindakan yang sesuai untuk saya ambil dan adakah boleh untuj saya memberikan ubat demam kepada dia?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh cuaca panas atau kekurangan minum air. Oleh kerana anak anda tidak demam, anda boleh menyuruh anak anda minum lebih air atau mengipaskan badannya serta mandi berkala.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



































