Sulit
2 tahun
Badan bergetar sewaktu berehat atau tidir
sy wanita berumur 34 tahun,sejak kebelakangan ni seluruh badan saya rasa bergetar seperti ada vibrit telefon tetapi slow…orang lain tak nampak hanya saya yang rasa…getaran ni terjadi waktu saya duduk dan tidur…waktu bekerja tak ada getaran ni…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah badan menggeletar ketika anda duduk ataupun tidur. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Cuaca atau keadaan yang sejuk
- Kepenatan
- Kurang berehat
- Kurang gula didalam badan
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Demam
- Masalah kelenjar tiroid
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Psikologikal:
- Keresahan ( anxiety )
- Kemurungan ( depression )
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.