Anonymous
6 tahun
Badan gatal 2 minggu
hai… sy mengalami gatal-gatal badan hampir 2 minggu… seluruh badan saya gatal… tetapi tiada bintij merah atau tanda-tanda gatal… bintik² merah dan luka terhasil kerana saya menggaru tempat yg gatal tersebut… sebelum nie sy ada menukar jenama sabun sy kpd jenama lain… tetapi sejak sy mengalami gatal, saya berhenti menggunakan sabun tersebut dan tidak sabun untuk melihat hasilnya…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah gatal - gatal yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- reaksi alergi
- eczema
- rosacea
- folliculitis
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih

































