
Sulit
5 tahun
Badan Gatal Keseluruhan
Saya lelaki berumur 29 tahun , Maslah saya Badan saya mulai gatal seluruh badan Termasuk kepala kaki Punggung , Di bahagian kemaluan Macam ada Cairan bila gatal dan berbau busuk… Apkah puncanya dan Cara Mengatasinya Saya Dah cuba macam macam ubat Termasuk Unat Cream sapu di hospital, Pil adezio( cetrizine) Dan lain lain kurang gatal tapi Bila Klimax keluar air mani Gatal balik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sangat penting terutama sekali bagi masalah kulit untuk pakar perubatan melihat sendiri keadaan kulit anda sebelum diagnosis boleh diberikan.
Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat dan kemudiannya mendaaptkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Lebih-lebih lagi sekiranya masalah ini sudah berlanjutan. Tambahan pula, cairan yang keluar adlaah berbau busuk. Kemungkinan untuk ia disebabkan leh jangkitan adalah besar.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.