
Anonymous
5 tahun
Badan lemah dan lesu
Saya berumur 27 tahun.saya Ada pembawa talesemia. Setiap bulan period sy OK dan sekejap tak OK. Bergantung Atas persekitaran. Kadar keluaran period sy berkurang seiring bertambahnya usia Sy. Maksudnya, semasa remaja period sy agak Banyak iaitu 6/7 Hari. Semakin dewasa Semakin berkurang. 5/6 Hari. Dan menjadi Lg Kurang slepas saya bertukar tmpt tinggal dan kerja. 3/4 Hari dan lagi membimbangkan last month period saya keluar 2/3 tompok je. Selain itu saya mengalami perubahan period pain yang ketara. Awal remaja, period pain Sy Hanya Segugut je. Bila umur bertambah, period pain bertambah such as Segugut, lenguh paha,sakit payudara, perut kembung, sakit pinggang …dan in late period saya,saya akan rasa lemah Dan lesu sebelum Dan slepas period…now, 2 minggu selepas period(period 2/3 tompok) badan saya lesu, Perut kembung, payudara sakit,perut rasa cramp, rasa nak Buang Tapi tak… Adakah ini Ada kaitan cyst atau fibroid?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang pengambilan khasiat daripada pemakanan seharian
- jangkitan kuman dan bakteria
- masalah saraf
terdapat juga penyebab sakit puan yang lain seperti
- polycystic ovarian syndrome
- adenomyosis
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut dari anda adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.