Sulit
2 tahun
Badan lesu selepas selsema
saya lelaki 18 tahun dan pada hari semalam saya menebuk lubang di rumah tanpa memakai mask.selepas itu saya mengalami selsema dan pada malam hari mata saya merah akibat gatal dan pada hari ini saya demam tetapi selsama dan mata merah sudah tiada…apakah ini hanya demam biasa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, demam dan selsema boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya jangkitan kuman, jangkitan virus, jangkitan kulat, alahan, keradangan, masalah kelenjar dan pelbagai penyakit lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.