
Sulit
3 tahun
Badan lesu, tidak bermaya
Salam. Saya wanita berumur 21 tahun. Akhir akhir ini, nafas saya agak pendek, badan seram sejuk. Tetapi ia berlaku pada waktu siang ketika saya sedang melakukan kerja. Dan saya banyak menghabiskan waktu di meja belajar kerana saya seorang pelajar. Pada waktu malam pula, atau ketika baring, semua dalam keadaan baik sahaja. Adakah badan saya keletihan kerana tidak cukup rehat? Atau penyakit lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Umumnya, bagi mengetahui kondisi sebenar kesihatan anda, ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif dari doktor secara langsung di klinik atau hospital yang berdekatan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Lazimnya gejala atau kondisi yang dialami boleh disebabkan oleh:
- keletihan yang melampau (extreme fatigue)
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
- tanda-tanda gangguan tidur
- gangguan metabolisme tubuh
- komplikasi dari jangkitan kuman atau patogen:
- jangkitan virus (i.e. covid19, denggi, dll)
- jangkitan bakteria (i.e. tifoid, dll.)
- jangkitan parasit (i.e. cacingan, dll)
Untuk saat ini anda perlu mendapatkan rehat secukupnya, disamping itu, turut berusaha merubah gaya hidup yang lebih sihat (atau lebih aktif setelah kembali pulih) walaupun di waktu PKP ini. Anda juga boleh mendapatkan suplemen di platform kami secara atas talian, Selain itu, cuba berusaha agar menjauhi faktor yang merosakkan kesihatan tubuh seperti gangguan stres, kekurangan tidur, habit yang tidak sihat, dan lain-lain.
Namun, anda juga dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan yang mengganggu rutin harian
- pening / sakit kepala
- kejang tubuh
- mual / muntah
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Justeru itu, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.