
Sulit
4 tahun
Badan mak keluar nanah seperti bisul kecil2
Saya ada ibu berumur 60 tahun. Sejak kebelakangan ni, badan dia especially di kaki timbul seperti bisul dan keluar nanah. Hilang dan ada lagi. Jumpa doc, doc hanya bagi antibiotik. Tapi timbul kembali. Ada punca2 lain ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda terhadap masalah yang ibu anda sedang hadapi. Namun begitu, lebih banyak maklumat diperlukan supaya kami dapat memahami masalah yang dilalui oleh ibu anda. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan masalah yang ibu anda sedang hadapi:
- Ulser diabetik (Diabetic foot ulcer)
- Bullous phemphigoid
- Bullous impetigo
- Radang kulit (dermatitis)
- Reaksi alahan atau ubat
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa ibu anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu membawanya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Sekiranya ibu anda mengalami tanda-tanda yang disebutkan, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Demam
- Sakit pada bahagian luka/nanah
- Kaki kembang dan merah
- Tidak dapat menggerakkan kaki
- Mengganggu aktiviti harian
Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi di atas talian. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.