
Sulit
4 tahun
Badan menggigil & jantung berdebar-debar
Salam doktor, saya ada mengalami badan menggigil rasa macam lapar tidak makan. Padahal pagi tu saya akan makan bubur nasi, sup mushroom dgn air nescafe 2in1. Kadang2 saya rasa xsedap dkt perut & rasa sesak nafas serta rasa berdebar2 dan berpeluh. Adakah itu normal ya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mengalami jantung berdebar:
- Senaman berat
- Kafein
- Nikotin daripada produk tembakau seperti rokok dan cerut
- Tekanan
- Penyakit lemah jantung
- Kurang darah merah (anemia)
- Masalah endokrin seperti hipertiroid
- Masalah psikologi seperti panik dan anxiety
- Membuat aktiviti yang terlalu berat
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan kami secara am, anda masih perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala seperti yang disebutkan di bawah:
- Sakit dada
- Berpeluh
- Demam
- Sukar bernafas
- Jantung berdebar mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
- Pitam
- Lemah dan lesu badan
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk sesi konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!