Sulit
3 tahun
Badan menggigil kesejukkan bila kena udara/angin
saya lelaki umur 52thn. badan saya mengigil kesejukkan bila kena udara/angin… penafasan kekadang okay kekadang tidak… adakah masalah ini ada berkaitan dengan covid 19?? cuma saya ingin mengelakkan dari berjankit kepada ahli keluarga serta yang mengenali atau rapat dengan saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ia adalah perkara yang normal sekiranya anda menggigil ketika sejuk. Sekiranya anda tiada simptom atau kontak rapat dengan sesiapa yang dijangkiti COVID-19, anda berisiko rendah untuk jangkitan COVID-19.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.






























