sherafana15
3 tahun
Badan merasa melayang dan ingin pitam selama sebulan
Saya wanita 20an. Saya mempunyai masalah badan terasa melayang dan ingin pitam. Perkara ini berlanjutan hampir sebulan. sebelum ini saya sudah mendapatkan rawatan doktor dan hasil dari ujian darah dan urine saya tidak mempunyai masalah apa apa. Disebabkan hal ini, saya tidak dapat tunduk atau sujud, ini akan membuatkan saya berpeluh.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tekanan darah rendah
- kandungan gula dalam darah yang rendah
- anemia
- vertigo
- tekanan air dalam otak rendah
- dehidrasi
- trauma pada otak/leher
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.