
Sulit
4 tahun
Badan panas, badan lenguh2, pening kepala, mata pedih panas, kadang sesak nafas
sya wanita dlam 20’an dan bulan lepas sya mengalami 2 kali dlam bulan yg sma bdan panas, lenguh2 1 badan, mata pedih panas selama beberapa hari , kdang2 sya pening kepala boleh hbiskn 1papan panadol dlam 1 bulan sbb tidak tahan rsa sakit, dan kadang2 merasa sesak nafas secara tiba2.Bulan ni pn sya mengalami perkara yg sma.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kamif aham masalah yang anda alami. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan keadaan anda tetapi maklumat lanjut adalah diperlukan kerana gejala yang anda berikan adalah tidak spesifik dan memerlukan pemeriksaan lebih lanjut oleh doktor.
Kami sarankan anda untuk segera berjumpa dengan doktor kerana terdapat tanda merah (red flags) berdasarkan keterangan anda seperti:
- Sakit kepala
- Lemah badan
- Sesak nafas
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Perkara ini perlu diberikan perhatian segera kerana ia mungkin berpunca daripada masalah yang lebih serius.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi bersama dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.