
Sulit
5 tahun
Badan panas berpeluh pada waktu malam
Saya perempuan berusia 27 tahun. Saya mengalami panas badan hampir setiap malam dan bertambah teruk pada waktu PKP ni bila setiap hari badan saya akan panas berpeluh, dada rasa berdebar. Di sebabkan peluh yang banyak saya akan mula gatal2 dan sering bau peluh yang tak menyenangkan. Keadaan selalu terjadi bermula pukul 11 sehingga pagi. Saya cuba untuk tidur, tapi tidak boleh. Di sebabkan terlalu panas dan gatal, setiap hari saya terpaksa mandi apabila saya tidak mampu bertahan lagi. Sebelum ini, kerap juga berlaku tetapi bila saya duduk di hadapan kipas badan akan sejuk. Sekarang ada hari yang saya tidak boleh tidur langsung sehingga pagi kerana tidak boleh mengawal kepanasan badan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah tiroid (Hormon tiroid berlebihan)
- Tekanan darah tinggi
- Insomnia
- Penyakit jantung seperti masalah injap, kelemahan jantung atau angina
- Radang resdung
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.