
Sulit
4 tahun
Badan panas dan cepat rungsing
Hi doktor. Saya ingin menanyakan soalan mengenai ayah saya yang berumur 50an dan baru 2 bulan menjalani stent jantung. Ayah saya selalu cepat rungsing dan panas dalam badan katanya. Apakah masalah sebenarnya. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda bimbangkan tentang kondisi ayah anda yang baru sahaja menjalani stent jantung 2 bulan lepas. Ayah anda sewaktu ini risau tentang berasa panas badan dan runsing dengan keadaannya. Pertama sekali, kami berharap ayah anda kuat menjalani tempoh selepas pembedahan agar badannya sihat sepenuhnya.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Panas badan besar kemungkinan dalam kes ayah anda ini berlaku akibat keradangan pada stent yang telah diletakkan ke dalam jantungnya atau terdapat jangkitan ke paru-parunya selepas pembedahan.
Secara amnya, punca demam boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Demam influenza - disebabkan virus influenza yang sukar untuk ditangani dan menyebabkan demam panjang
- Demam denggi, malaria, kencing tikus
- Penyakit berkaitan keradangan seperti penyakit radang usus, radang hati
- Penyakit berkaitan sel darah putih seperti leukemia
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Jangan biarkan demam ayah anda berlarutan ! Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.