
manpaklah53
5 tahun
Badan panas kaki berasa sejuk
saya umur 22 tahun saya bagun pagi badan terasa panas kaki berasa sejuk ada kah iya berbahaya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, perkara ini boleh menjadi normal kerana suhu kaki dan tangan adalah lebih rendah daripada badan.
Namun, ia boleh disebabkan oleh masalah yang jarang-jarang berlaku seperti:
- Sindrom Reynauld
- Sindrom CREST
- Sindrom antifosfolipid
Namun, jika ia berlanjutan anda boleh mendapatkan maklumat lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.