
Sulit
4 tahun
Badan panas & mcm x cukup nafas
Lately ni saya perasan tiap kali malam je suhu bdn sy menjadi panas. Kaki sejuk. Lepastu mcm x cukup nafas. Esok harinya okay balik. Kenapa ya doc?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu !
Secara umumnya gangguan yang dihadapi boleh dikaitkan dengan pelbagai gangguan tubuh, antaranya:
- jangkitan virus di iringi gangguan organ pernafasan
- gangguan metabolisme atau homeostasis tubuh
- gangguan regulasi suhu tubuh
namun ia juga boleh disebabkan
- gangguan cemas
- komplikasi dari kepenatan yang terlampau
- kondisi tempat tidur yang tidak selesa atau terlalu panas
Namun badan panas yang berulang boleh berpunca dari penyakit tubuh yang lebih serius sehingga memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut di hospital atau klinik. Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan yang mengganggu rutin harian
- pening / sakit kepala
- kejang tubuh
- mual / muntah
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Endocrinologist kami sedia membantu
Akhir kata, untuk mengetahui punca masalah sebenar anda tetap perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).