kipzwie
6 tahun
Badan rasa kesemutan
badan rasa digigit semut halus terutama bahagian tangan. apa penyebabnya
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala badan berasa “kesemutan” atau “dicucuk” boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kekurangan potassium/kalsium/vitamin B6 & B12 dalam diet
- Anemia (kurang sel darah merah) yang menyebabkan saraf kurang oksigen
- Sekiranya anda mempunyai penyakit darah tinggi atau kencing manis - maka strok mini boleh jadi penyebab
- Penyakit saraf seperti Multiple Sclerosis, Sindrom Guillain-Barre
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































